Mantap hati,Mantap Iman,Mantap Aqidah,Mantap Agama

PROFESSIONAL MU'MIN JANA GENERASI PROTAZ

Mustiqa Hadith

Thursday, August 25, 2011

Assalamualikum w.b.t.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyu Ya Qawyum Ya Fattahu Ya Alim Ya Azim..



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi S.A.W ,para Sahabat baginda serta para generasi mukmin dan mukminat yang dirahmati oleh Allah..(Harap semua dalam taufiq dan inayahnya) 

Setinggi tinggi penghargaan dan syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t kerana dengan limpah inayah,petunjuk,kekuatan dan pelbagai nikmat yang diberikan kepada hambaNya ini dapat juga disiapkan dengan jayanya blog yang tidak setanding ini. 

Allhamdulillah..Jazakallah @ Jazakillah.

GENERASI PROTAZ


Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan???

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).Tiba-tiba terfikir satu persoalan.Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?Pastinya yang lebih baik.Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!""Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.


Dimanakah Diri Kita Yang Sebenarnya!!!!


  1. Meningalkan Dunia Atau Dunia Yg Meninggalkanmu
  2. Mengumpulkan Dunia Atau Dunia Mengumpulkanmu
  3. Membunuh DIRIMU????
  4. Badanmu Yg Kuat Dan Apa Yg Melemaskanmu?
  5. Mana Tuturmu Yg Fasih Dan Apakah Yg Mendiamkanmu?
  6. Mana Kekasihmu??? Mengapa Mereka Membencimu....
  7. Tanpa Bekalan Tidak Akan Kembali Lagi!!
  8. Tempat Asing Yg Menakutkan!!
  9. Bahagialah Dirimu Jika Kamu Orang Yg Bertaubat
  10. Bahagialah Dirimu Jika Amalanmu Amal Yg Baik
  11. Bahagialah Dirimu Jika Temanmu Diredhai Allah.s.w.t
  12. Celakalah Engkau Jika Temanmu Kemurkaan Allah.s.w.t


FOR THE GENERARION OF BELIEVER'S

DO THE ALLTHING WITH FAITH NON LUST


Nabi Muhammad s.a.w says : In the human body is a piece of meat,if meat is good,then let the whole body,but if bad meat was so evil body."Companions "asked,O Messengger of Allah what is the meat?The Prophet is the heart of flesh.


Kenapa dikemukakan hadith di atas?
Ini bermaksud betapa pentingnya jasad hati berada ditubuh kita.....
  • Hati umpama masjid yg mana menjadi penyuluh kpd kemungkaran dikala hati disuburi dengan nilai iman yang tinggi dan padu
  • Islam hadir kerana wujudnya nilai iman dan iman hadir dengan pupukan yang mantap kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah...
  • Iman dan Nafsu tidak boleh dicampur adukkan ,sama juga dengan minyak tidak boleh dibatasi dengan kelembutan air hatta pahala juga tidak boleh digauli dengan kejahilan dosa 
  • Oleh itu..cuba cubalah untuk menghindarkan diri daripada melakukan kemaksiatan kerana dosa itu boleh melumuri segala pahala kebajikan yang dilaksanakan..